Selasa, 15 Mac 2011



Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa
ISBN: 983-192-578-5

.
Tajuk buku: Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa
Pengarang: Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad
Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-578-5
Bar Code: 9-789831-925782
Harga: Semenanjung RM 18.00
Sabah/Sarawak RM 21.00

Sinopsis:
Buku ini cuba membantu menyingkap potensi pembaca menjadi orang berjaya. Semasa membaca lembaran buku ini mulailah membangunkan kekuatan dan kebanggaan diri sendiri. Saudara adalah manusia yang amat bertuah kerana mempunyai banyak kelebihan dan sumber kekuatan.

Pendekatan di dalam buku ini adalah berbentuk bacaan ringan yang berkonsepkan motivasi. Isu-isu yang diketengahkan adalah mengenai substance masyarakat. Hakikatnya, isu-isu tersebut adalah isu-isu sebenar mengenai setiap individu. Jika sekiranya individu masyarakat itu baik maka keadaan masyarakatnya juga baik.

Sarjana Islam sendiri mengakui bahawa masyarakat Islam memiliki ikatan-ikatan yang kukuh, kesetiaan terhadap agama yang tinggi sekali berbanding kesetiaan masyarakat bukan Islam.

Wilfred Cantwell Smith, seorang sarjana Barat sendiri umpamanaya dalam buku 'Islam in Modern History' turut mengakui hakikat ini. Beliau menjelaskan 'para pengkaji sudah menemukan suatu penampilan masyarakat Islam. Apa yang jelas masyarakat Islam itu memiliki ikatan-ikatan yang kukuh, kesetiaan di kalangan anggotanya dan mempunyai hubungan sesama mereka dengan sangat berkualiti sekali'.

Berdasarkan komentar tersebut, buku ini memaparkan bentuk-bentuk ikatan keagamaan yang sebenarnya adalah tonggak kepada kebangunan masyarakat Islam di masa dahulu, kini dan akan datang.
.
http://www.e-kedai.net/en/pembangunan-diri-1/motivasi-inspirasi/cerita-cerita-motivasi-untuk-jiwa.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan